top of page

SOALAN:

Bagi wanita yang masih dalam iddah kematian suami, adakah mereka boleh melaksanakan Umrah atau Haji?

JAWAPAN:

Di dalam kitab Fiqhul Manhadji ada menerangkan seperti berikut:

Semasa dia mampu melakukan perjalanan haji, dia bukanlah wanita yang berada dalam tempoh iddah talak ataupun iddah kematian suami.Ini berdasarkan firman Allah Ta'ala di dalam al-Quran Surah at-Talak ayat 10 (bermaksud):

"Dan bertakwalah kepada Allah Tuhan kamu. Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah-rumah (semasa dalam iddah) dan janganlah (dibenarkan) mereka keluar kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata." 

Berpandukan kepada dalil di atas, wanita yang dalam eddah kematian suami tidak boleh melakukan umrah. Untuk penjelasan lebih detail, anda bolehlah menggunakan dua link di bawah ini:

http://haniff.sg/pautan/kemusykilan-agama-isu-berkabung-bagi-balu-berita-harian-singapura-31-mei-2013/

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - IRSYAD AL-FATWA KE-154: HUKUM BAGI PEREMPUAN YANG KEMATIAN SUAMI DAN MASIH DI DALAM ‘IDDAH MENUNAIKAN UMRAH (muftiwp.gov.my)

 

 

SOALAN:

Bolehkah seorang isteri menunaikan Umrah tanpa keiizinan suami?

JAWAPAN:

Secara ringkas, menurut pandangan fuqaha mazhab Hanbali dan Hanafi menyebut bahawa disyaratkan bagi seorang wanita yang ingin menunaikan haji dan umrah untuk ditemani oleh suami atau mahram. Manakala ulama dari kalangan mazhab Syafi'i, Maliki, Al-Auza'i dan lain-lain tidak mensyaratkan mahram bahkan yang disyaratkan adalah aman dari segala ancaman - (Al-Minhaj Syarh Shih Muslim, 4/500).

 

Namun pun begitu saya ingin menukilkan penjelasan daripada blog Ustaz Haniff seperti berikut:

 

"Dr Wahbah Az-Zuhaili dalam bukunya Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, terbitan Darul Fikr, jilid 3, muka surat 62, dalam topik halangan menunaikan haji, menyatakan bahawa di sisi mazhab Asy-Syafi'i, suami boleh menghalang isteri untuk menunaikan haji yang fardhu dan sunat. Hal ini disebabkan kerana kewajiban menunaikan hak kepada suami adalah kewajiban yang berterusan dan perlu ditunaikan segera (wajib 'ala al-fauri). Namun dibenarkan untuk menunaikan haji tanpa izin suami. Jumhur ulama pula berpendapat bahawa tidak boleh suami menghalang isteri menunaikan haji yang fardhu kerana kewajiban haji di sisi mereka bukan kewajiban yang boleh ditangguh. Oleh itu, tidak wajib mematuhi kehendak suami yang tidak membenarkan menunaikan haji."

Saya lebih cenderung kepada pandangan Mazhab Asy-Syaf'i dalam persoalan ini. Iaitu suami memang boleh halang si isteri daripada menunaikan haji. Tetapi jika si isteri tidak mahu mematuhi larangan itu si isteri masih boleh melakukan haji dan tidak berdosa dalam hal ini. Tetapi adalah lebih baik perkara ini dibincang elok-elok kerana ikatan sumi isteri adalah ikatan yang berpanjangan sehingga akhir hayat. Wallahu A'lam

Untuk mendapatkan penjelasannya lebih detail sila gunakan link yang disediakan di bawah ini:

haniff.sg/pautan/kemusykilan-agama-tunai-haji-tanpa-izin-suami-berita-harian-singapura-2-ogos-2013/

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - BAYAN LI AL-HAJ SIRI KE 39 : HUKUM SEORANG WANITA MENUNAIKAN UMRAH TANPA MAHRAM (muftiwp.gov.my)

 

 

 

SOALAN:

Setelah saya selesai melakukan Sa'ie, sepatutnya saya bertahalul (gunting atau cukur rambut). Tetapi saya dapati saya tiada gunting. Bolehkah saya hanya mencabut rambut saya sebagai ganti mengunting atau mencukur rambut?

JAWAPAN:

Aduhai kenape sampai nak cabut rambut? Bukankah itu cara yang kasar dan keras? Takkan sampai takde gunting atau pisau untuk tahallul di Mekah? Untuk bertahalul caranya adalah gunting atau cukur. Agak tak masuk akal untuk mengatakan tiada gunting untuk bertahallul. Ini kerana di tempat bertahalul ada ramai orang dan ada gunting untuk digunakan bagi orang ramai. Kalau pun takde pisau atau gunting, carilah apa-apa bahan yang tajam yang boleh kerat rambut tu..he he.

SOALAN:

Adakah benar orang yang mendahulukan ibadah Umrah sebelum melakukan Haji akan dikenakan dam?

JAWAPAN:

Tidak. Kalau ada pun pandangan sedemikian ia dianggap pandangan yang syaz (pandangan yang jarang didengar atau pelik atau ganjil).

bottom of page