SOALAN:
Assalamualaikum Wr Wbr.
Saya ada soalan:
Saya ada seorang kenalan yang berbangsa Cina dan beragama Kristien. Bila beliau perasan yang saya dalam keadaan susah atau tidak sihat, beliau selalu mendoakan saya mengikut caranya dengan berkata:
“ Oh Father...Jesus...”
Saya tidak mahu memalukan beliau di hadapan teman-teman saya yang beragama Islam dan kerana itulah saya hanya mendiamkan diri bila teman saya yang beragama Kristien itu mendoakan saya dengan cara beliau. Tapi jauh dalam hati saya, saya tidak pun beriman dengan apa yang beliau anuti dan apa yang beliau doakan. Apakah pandangan Ustaz dalam hal ini? Teman-teman saya yang beragama Islam, mereka kurang senang dengan tindakan saya mendiamkan diri bila didoakan oleh teman saya yang beragama Kristien.
Mohon pencerahan dari Ust tentang perkara ini.
JAWAPAN:
Tiada masalah. Apa yang anda lakukan itu betul.
___________________________________________________________________________________________
SOALAN:
Saya dikhabarkan yang saya akan diberikan anugerah berupa hadiyah daripada majikan saya dalam satu majlis yang akan diadakan tidak lama lagi. Kebiasaannya, sebelum menerima anugerah tersebut, selalunya majikan saya akan bersalaman dengan para penerima anugerah sebelum memberikan anugerah itu kepada mereka. Apa pandangan Islam dalam perkara seperti ini?
JAWAPAN:
Dalam hal ini, tiada masalah. Untuk keterangan lanjut, sila kilk link di bawah ini:
https://eservices.muis.gov.sg/ifaq/apps/fcd_faqmain.aspx#FAQ_156470
UEN53392231C / IECP17030252