top of page

SOALAN:

Saya suka mendengar lagu-lagu 'heavy metal'. Adakah saya boleh dianggap sesat?

JAWAPAN:

Dalam perkara 'hiburan' ada ulama yang mengatakan ianya adalah haram dan ada juga ulama yang berpendapat ia adalah harus. Sungguhpun ada ulama yang mengharuskan perkara ini, namun ia janganlah dilakukan sehingga kepada tahap melampaui batas seperti sehingga meninggalkan solat atau tidak mengindahkan mana yang halal dan mana yang haram. 

Dalam perkara lagu-lagu 'heavy metal', sebagai pendengar kita perlu berhati-hati. Ini kerana ada beberapa kugiran heavy metal yang ada sekarang ini mendendangkan lagu-lagu yang berbaur seperti memberontak dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk mempromosikan agama mereka dengan menyelitkan beberapa potongan bacaan-bacaan yang diambil dari kitab mereka seperti 'Bibel' dan tidak kurang juga lagu-lagu heavy metal yang mengandungi lirik mengagungkan syaitan sebagai tuhan atau mempromosikan ideologi dan budaya atheism.

 

Apa yang membimbangkan ialah apabila lagu-lagu seperti itu menjadi siulan di bibir setiap hari. Apabila hal seperti itu terjadi, yang dibimbangkan lagi ialah berkemungkinan individu tersebut mula tertarik atau bersedia untuk menerima idiologi seperti itu melalui lagu-lagu yang didengarnya. Jika individu tersebut meyakini apa yang didengar melalui lagu-lagu seperti itu, pasti akan ada kesannya pada akidah yang dipegangnya selama ini.

Wallahu A'lam

bottom of page